Ahad, Mac 13, 2011

Pasang paip…..




 As salam sebelum ni aku ade nak citer pasal pipe ping iaitu kerja-kerja pemasangan paip dan sprinker.
    Kerja-kerja penyediaan batas. Sebelum ini batas-batas ni telah lama siap tetapi disebabkan musim hujan kerja kerja lain terpaksa di tangguhkan . Ada satu hari 3 hari berturut-turut hujan turun tak henti-henti. Ada batas yang mengalami kerosakan tetapi tak banyak.  
    Batas-batas telah di tutupi oleh plastic. Kerja menutup plastic keatas batas merupakan kerja rumit juga. Satu hari Cuma dapat 4 batas sahaja. Partner aku Adi dengan seorang pekerja sahaja yang buat kerja ini. Lepak jugak.
    Kerja-kerja pemasangan paip dan spinker. Pada hari ahad 13/2/2011 kerja pemasangan paip dengan sprinker sedang giat dijalankan. Batang paip sambung cara bakar dulu pastu sambung dengan gam. Tak guna join jimat sedikit belanja. Ada juga pakai paip 2nd hand tapi tak banyak.


-                   Testing sprinker. Lepas selesai pasang paip dengan sprinker (masa ni aku tolong juga pasang sprinker) masa ditunggu-tunggu telah tiba. Test enjin pump dengan sprinker la. Masa mula-mula enjin tak hidup pulak. La sudah…..check punya check rupa-rupanyer bateri lemah. Enjin pump ni guna diesel dia kena warmup dulu. Dah satu jam warmup baru pasang belting kat pump. Adi pun start enjin. Berderum bunyi enjin pump ni….ha boleh pun start…..sepantas itu air sedut masuk dalam batang paip…..dan akhirnya sprinker memancutkan air macam hujan la…..berjaya juga akhirnya kerja-kerja pasang paip dengan sprinker. Success!!!



Akhirnyer sprinker keluar air






    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan