Jumaat, Mac 04, 2011

Enjin pam air

As salam… bertemu lagi. Kali ni nak bercerita pasal motor pam air (ceciter ceciter)…..Ha ni nak citer le…enjin pam air ni baru je beli. Agak susah jugak nak pilih enjin pam air yang sesuai dan berbaloi-baloi. Banyak tempat jugak servey pam air ni. Sepeti biasa encik Adi kite (partner aku) telah membuat analisis tentang enjin pam air ni. Beliau telah buat soal kajiselidik dengan membuat rujukan dari pakar-pakar dalam bidang bab-bab engineering. Akhirnyer dapat satu kedai jual enjin pam air ni yang sesuai dengan kebun kitaorang. Enjin kobota di mix kan dengan pam air. Enjin ni 1800 cc enjin second hand tapi pam air baru. Ciri-ciri enjin ni dia guna starter dan menggunakan minyak diesel. Jadi bole jimat sikit. Oke bab setup enjin dengan sambungan pipe ping serah pada encik Adi kite sekali lagi memang pakar dalam bidang ni kalah engineer. Habis semua dia buat modifikasi. Akhirnyer test start enjin pam air ni hidup. Alhamdullilah syukur success…..

Ini dia enjin pam air yang baru beli.  

Sebelah kiri enjin pam yang lama. Dulu enjin ni lah digunakan untuk siram serai….



Oke sampai sini dulu akan datang aku nak citer pasal setup pipe ping kat batas pulak……..









Ahad, Februari 27, 2011

Tapak semaian cili



Bertemu lagi kite...kali ni nak update projek cili. Pokok cili telah mula di semai pada 1/2/2011 yang lalu. Pada masa ini kebun tengah setup. Lepas kebun dibersihkan, diratakan dari bekas tanam pisang tanduk tanah di pelau. Tanah dipelau seluas 2.5 ekar. Habis pelau buat batas pula. Ambil masa juga buat benda ni ada dalam 2 minggu.



Ini ialah cili yang telah disemai.


Khamis, Februari 17, 2011

Dari serai ke cili....


Dah lama tak update blog....dah penuh sarang labah-labah. Sekarang baru ada mood nak update blog. Projek serai dah lama berlalu, banyak pengalaman yang aku dapat. Sekarang aku dan partner aku Adi buat projek tanam cili pulak. Gambar kat atas kawasan tanah yang dah bersihkan. Projek ni bermula pada bulan Nov 2010 yang lalu. Oke la sampai sini dulu nanti aku akan update lagi status projek cili ni....

Isnin, April 05, 2010

Jualan Pisang Tanduk dan anak benih





Jualan Pisang Tanduk dan Anak Benih

Pisang tanduk dan anak benih seluas 4 ekar sudah mula dituai. Kepada para usahawan yang berminat, sila buat tempahan untuk mendapatkan bekalan di talian 019-7051110 (En. Adi). Jualan terus dari ladang di Cahaya Baru, Johor.

Jumaat, Disember 18, 2009

Tepung keledek berpotensi dikomersialkan

ARKIB : 11/12/2009
Tepung keledek berpotensi dikomersialkan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar ASWAD YAHYA


Norani Sidek (kanan) bersama Prof. Saidatul Hisan menunjukkan tepung yang diperbuat dari keledek di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BIASANYA ubi keledek dimakan dalam bentuk gorengan, direbus atau bahan dalam kuih-muih sebagai hidangan sarapan pagi atau petang. Rasa keledek biasanya manis dengan kehadiran gula yang biasanya meningkat apabila direbus atau dimasak.

Bagaimanapun kanji merupakan bahan utama dan tepung boleh dihasilkan daripada keledek.

Kajian menunjukkan keledek kaya dengan Vitamin A dalam bentuk beta karoten dan sumber Vitamin C yang baik selain mempunyai ciri perubatan sebagai makanan antioksidan.

Kedua-dua beta-karoten dan Vitamin C merupakan bahan antioksidan yang berguna dan boleh memusnahkan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan bahan kimia yang memusnahkan sel dan membran sel dan berkaitan dengan perkembangan atherosclerosis, penyakit diabetes dan kanser kolon.

Kajian menunjukkan warna kuning atau jingga dalam keledek disebabkan oleh kandungan beta-karoten.

Beta-karoten dalam keledek boleh digunakan untuk menghasilkan Vitamin A yang dinamakan Provitamin A.

Keledek ungu pula merupakan sumber terbaik antosianin dan mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi di kalangan varieti keledek.

Justeru sekumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), menjalankan kajian mengenai keledek.

Kajian yang diketuai oleh Prof. Madya Norani Sidek bersama Prof. Madya Raja Saidatul Hisan Raja Datuk Sri Azam, Noradzhar Baba dan Sabaianah Bachok bagi menunjukkan keledek sesuai dijadikan tepung yang berpotensi dikomersialkan.

Norani berkata, produk baru yang dihasilkan daripada keledek kaya dengan beta-karoten dan antioksidan, tinggi fiber, kalori rendah, tanpa pengawet dan pewarna tiruan.

"Tepung keledek berpotensi untuk dikomersialkan kerana mempunyai nilai pemakanan dan sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

"Ini merupakan sesuatu yang baru dalam pasaran, mempelbagaikan kegunaan keledek, menghasilkan pelbagai produk daripada tepung keledek," katanya semasa ditemui semasa pameran BioMalaysia 2009 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau menambah, pelbagai produk berasaskan keledek berpotensi dikomersialkan kerana mempunyai pelbagai nilai pemakanan dan sesuai bagi mereka yang menjaga kesihatan.

"Tepung keledek merupakan produk baru dalam pasaran yang baik untuk menghasilkan adunan tepung dan hasil bakeri dan boleh dijadikan makanan kesihatan," katanya.

Norani berkata, kajian yang dijalankan mendapati tepung keledek mudah dihasilkan menggunakan bahan sedia ada.

Keledek yang dituai perlu dikupas kulit, potong dan dikeringkan pada suhu 158 darjah Celsius selama lapan jam.

Bahan berkenaan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama dua jam sebelum dikisar dan kemudian diayak dan kemudian tambah dengan beberapa bahan lain.

"Tepung keledek tadi boleh menghasilkan beberapa produk lain seperti sos barbeku, produk pastri dan bakeri, sapuan keledek, lempeng dan fritter dan batters," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia